Sunday 23 December 2012

lia akan start menulis kembali .

Assalamualaikum,
mulai hari ini lia akan start menulis kembali sebagai blogger di blog lia ni .

apa khabar semua ?
harap sihat semuanya .
lia sekarang tak berapa sihat ,
batuk dan agak selsema ,
mungkin di sebabkan cuaca .
panas kat sarawak ni , kejap-kejap hujan.
kepala asyik pening-pening je .
orang kata "sakit itu ujian , penghapus dosa"
agaknya lia dah banyak sangat buat dosa ,
kepada sesiapa yang lia pernah guris hati secara sengaja atau tidak , lia minta maaf sangat2 .
minta ampun dari hujung rambut smapi hujung kaki .
*cehh kenapa hari ini pilu sangat ni ? 

tak tahu kenapa hari ini sangat pilu ,
lia sangat2 sedih .
mungkin sebab dah lama tak cuci mata dengan air mata kan?
lia terasa rindu sangat dengan arwah nenek .
yela , selama ini kalau lia sakit ,arwah nenek yang tolong jaga :')
nenek , kakak rindu nenek .
andai nenek hidup lagi , kan best .
ada lagi orang yang nak jaga kakak waktu kakak sakit .
tapi masa nenek sakit , kakak tak sempat pun nak jaga nenek .
kakak rindu nenek , maafkan kakak nenek :'(
terima kasih sebab jaga makan minum sakit penat kakak sepanjang berada dibawah jagaan nenek .
Alfatihah .

sekarang ni dah hujung bulan12 .
bermakna lia tinggal 4 bulan je lagi utk habiskan asasi ni .
tak lama lagi dah .
pejam celik pejam celik .
*ishh selsema je , susah nak taip . 

masuk semester 2 ni , banyak aktiviti yang Pusat Pra-Universiti rancang ( PPU )
public speaking ,ada kawad kaki ( PUMA ) , ada pertandingan video ( SONGBIRD ) , ada buat model alam sekitar (DIORAMA) . top-host ( PreTH ) banyak lagi yg lain .

rasa macam tak sempat nak study .
*cehh tulis blog leh pulak ya Jamiliah ? hehe
jangan jadikan itu semua alasan .
untuk berjaya kita perlu berusaha Jamiliah .
tak kesah la sibuk mana pun kita dengan aktiviti-aktivitit PPU .
nak berjaya kan ? perlulah berusaha .

bahan pelajaran untuk semester 2 makin susah dan makin mencabar .
tak tahu la ada sama lia boleh follow ke tak .
semester 2 ni kena struggle habis untuk masuk ke fakulti kejuruteraan .

minta maaflah , lia tak ada roomate( rakan sebilik ) untuk bercerita .
jadi lia fikir lia nak menulis balik .
kalau sebelum ni lia sibuk sangat-sangat sampai blog ni pun dah tak pandang lagi :(
kesian kau blog , tuan kau tak menulis .

kalau diikutkan semalam lia pergi mukayyam .
(mukayyam=perkhemahan)
ni antara aktiviti yang dibuat oleh usrah lia .
tapi lia tak dapat pergi :'(
sekarang lia mengahadapi kekangan kewangan.
biasalah , jadi student ni duit jadi masalah utama .
biasiswa kerajaan belum masuk lagi .
nak makan pun tercekik-cekik , dah nak masuk 3 minggu lia asyik makan roti kosong je.

kat sini tak ada roti gardiner .
roti macam ni je ada.
tu pun harga RM2.70.
cukup untuk isi perut dalam 1 hari setengah .
kalau tak ada duit and betul2 nak makan , terpaksa pinjam dari kawan .
seksanya 3 minggu makan roti je.
sayur, nasi , tak sentuh pun :(

kekadang sampai lia rasa nak berhenti belajar je :( 
nak kerja , kumpul duit banyak-banyak dulu baru sambung study balik .
kekadang fikir nak khawin terus , jadi suri rumah sepenuh masa .
makan minum suami tanggung , kalau ada rezeki lebih , pergi buat kursus atau sambung belajar .
tetapi pak long lia tak benarkan .
paklong minta lia teruskan belajar .
belajar ni tak boleh STOP .
lia faham memang kita tak boleh berhenti belajar . kena teruskan .
tapi tengok la sekarang . lia betul2 terdesak .
tak ada duit nak makan .
tengok la berapa yang ada dalam akaun lia .

tinggal RM11.50 je :(
selama 3 minggu ni , akuan lia tak pernah berganjak .
macam tu je .
kalau lia keluarkan RM10 , RHB akan tutup terus akaun lia ni .
dah dikira bankrup
nanti macam mana kerajaan nak masukkan duit biasiswa ?
hmmm :(
sedih sangat .

semalam buat bihun sup ,
mujur ada lagi stok yang tinggal .
lia buat sup tu banyak-banyak untuk simpan lama sikit supaya esok tu boleh panaskan dan makan balik .
lia tengok ada banyak bihun tu , lia bagi sikit pada kawan lia .
kongsi dengan dia . orang kata "walaupun sikit , kongsi la dengan orang , sekurang2nya dia merasa apa yang kita rasa"
akhirnya bihun dah habis , tinggal sup je . hope esk boleh makan lagi .
sekali pagi tadi bila buka periuk nasi tu , sup tu dah BASI :(
bayangkan la , sedih yang teramat sangat .
nestum tinggal 2 je lagi , milo tinggal satu je , 
apa lagi yang lia nak makan ?
beras ada sikit lagi , untuk hidup lia terpaksa iktiar untuk buat bubur je .
cukup la untuk pastikan perut ini berisi siang petang malam .
tapi lia dah niat bubur tu nak kongsi dengan rakan2 usrah lia yang lain hari khamis ni.
sebab biasanya usrah kami buat kat bilik lia .

along lia nak khawin bulan3 ni .
jadi mak pesan "jimat2 guna duit tu , kat sini nak simpan duit untuk majlis khawin along bulan3 nanti"
lama lagi majlis tu :(
tapi mak sanggup suruh anak dia ikat perut kat sini .
lia tak kesah kalau tak dapat makan sedap2 .
lia tak kesah kalau tak dapat ikut kawan lia pergi jalan2 kat tempat2 best .
janji lia punya kerja dapat siapkan . 
kekadang nota dari lecturer lia tak print out pun . sebab tak ada duit langsung .
sedih sangat . :(

tu teringat kat nenek .
masa nenek jaga lia sepanjang lia nak SPM tu ,
nenek bagi semua keperluan lia .
duit , makan minum , pakai , tempat tinggal , kesihatan dan kasih sayang .
semua nenek jaga rapi .
soal tu sume lia tak perlu fikir , nenek dah siapkan .
lia cuma perlu belajar je .
sebab nenek cuma nak keputusan SPM lia cemerlang .
alhamdullilah nenek meninggal 3 hari lepas keputusan SPM dikeluarkan.
dan nenek sempat tahu keputusan SPM lia .
lia cuma dapat dengar nenek kata "bagus" je masa lia bagi tahu lia dapat 5A.
lia cuma nampak mata nenek berair dengan memandang tepat kepada lia .
"yang hidup pasti akan mati"

dan sepupu lia ada berpesan .
" semua dah takdir.. Allah ambil nenek, Allah ambil juga semua sakit2 yang nenek alami selama ni.. Insya' Allah... nenek tenang di alam sana"


nenek memang ada sakit.
tiap-tiap tak boleh tidur .
tiap-tiap hari sakit pingang .
tiap-tiap masa pening kepala .
tiap-tiap waktu kena makan unat kencing manis dengan ubat darah tinggi .
tiap-tiap minggu atuk bawa nenek pergi perubat.
berat sakit yang nenek tanggung .

lia kuatkan juga hati supaya dapat menerima pemergian nenek .
tapi kadang2 lia tak kuat .
lia akan menangis bila ingat nenek .
kekadang lia salahkan diri lia .
kenapa lia tak jaga nenek masa nenek sakit , kenapa ? ? ?
lia perlukan seseorang untuk lia peluk sekuatnya .
lia perlukan seseorag untuk lia luahkan semuanya .
kekadang lia fikir lia nak bersuami ,
biar suatu hari nanti , 
bila lia menangis ada yang akan kuatkan lia.
bila lia jatuh , ada yang bangunkan lia .
tapi sekarang , tak terlintas atau tak ada tekad pun untuk lia khawin .
lia perlu fokus pada pelajaran .

tula , manusia tak pernah bersyukur dengan apa yang dia ada kan ?
mungkin lia juga tergolong .
mungkin ada orang yang lebih susah daripada lia .
ada yang makan 3 4 hari .
lia masih beruntung dapat makan roti .

#Ya Allah , kau cekalkan hati hambamu ini untuk teruskan kehidupan yang sementara ini .
Ya Allah , kau limpahkan rezeki buat seluruh keluargaku .
Ya Allah , kau permudahkan segala urusanku . Amin













Jom cakap-cakap