Wednesday 31 August 2011

tak tahu

tak tahu mana nak mengadu,
tah tahu mana nak menagis.
tak tahu mana nak pandu
tak tahu mana nak tuju,
tak tahu mana arahku,
tak tahu mengapa begitu,
tak tahu apa dosaku,
tak tahu apa salah ku
tak tahu dimana silapku,
tak tahu mengapa ini berlaku,
tak tahu mengapa mesti aku?
tak tahu apa maksudmu,
tak tahu apa tujuanmu,
tak tahu  bagaimana ini berlaku,
tak tahu apa mesejmu,
dan aku tak tahu apa yang harus aku lakukan
andai aku tahu, aku akan pastikan ia tidak berlaku. ,




Monday 29 August 2011

jangan sesekali


Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.

Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.

Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.



Sunday 28 August 2011

mawar merahku

mawar merah. .
sekuntum bunga yg sungguh indah. .
warnanya yg merah menjadi idaman beribu kumbang. .
mekarnya mawar merah mengindahkan pandangan mata. .

ya mawar merah. .
mampu mengubat segala luka,
mengembirakan setiap insan yg memilikinya. .
mampu membuat semua insan meluahkan perasaan. .

mawar merah,
simbolik cinta si jejaka yg tampan,
dijadikan hadiah buat si dia yg dicinta.
setelah sekian lama tidak berjumpa. .

mawar merah,
harumnya mawar tiada bandingan,
satu2 nya bunga idaman kumbang di dlm taman,
bukan sebarang kumbang dapat menghidunya. .

cantiknya dia,harumnya dia,anugerah tuhan. .
petiklah mawar merah jika sudah tertawan,
memetik sekumtun bunga biar berjaga,
agar cantik dan harumnya sentiasa terpelihara.

kelopaknya yg halus mudah rapuh jika selalu disentuh,
harumnya mawar merah dpt dicium biar dr jauh,
jangan disangka air yg tenang tiada buaya, kerana
mawar merah berduri jika ade org cuba merosakannya

mawar merah bukan sebagai perhiasan semata-mata,
siram lah mawar merah dgn kasih sayang,
lihatlah mawar merah sebagai penyejuk mata.
supaya mawar merah tidak layu ditelan usia. .

mawar merahku sungguh berharga. .
jadilah seperti mawar merah,
harumnya dpt dicium walau dr jauh
cantiknya terserlah walau tdk disentuh




Thursday 25 August 2011

buat mereka yg asih mencari


Mungkin dirimu ditinggalkan,
Mungkin dirimu menyendiri,
Mungkin dirimu di kelilingi,
Mungkin kau hanya mencari,
Masih belum kau ketemu,
Kerana kau tidak tahu,
Apa yang sebenarnya hilang.
Mungkin kau bersedih,
Mungkin kau bergembira,
Mungkin kau biasa-biasa saja,
Namun, kosong itu masih ada
pernahkah?
Pada satu ketika kau menyendiri,
Tanpa sesiapa di sisi,
Kau merasa sedih, mungkin juga benci,
Benci dengan semua makhluk di sekeliling,
Kerana mereka meninggalkanmu.
Pernahkah kau bersedih kerana diri tidak dipeduli,
Kerana diri tidak sehebat manusia lain,
Lalu di situ kau terduduk,
Menangis samada luar atau dalam hati.
Tiba-tiba terdengar satu suara halus,
Yang memujuk hati agar jangan bersedih,
Yang memberitahumu bahawa kau tidak keseorangan,
Yang meyakinkanmu bahawa awan hitam akan berarak pergi,
Matahari pula akan bersinar kembali.
Dalam masa yang sama,
Ada juga satu suara garau,
Yang menyuruhmu untuk tidak mempedulikan itu semua,
Segalanya mustahil, mana mungkin ada peneman setia,
Yang sanggup mendengar segala keluh-kesahmu,
Yang sanggup memaafkan walau menggunung tinggi dosamu,
Yang sanggup menerima usahamu walaupun tidak sehebat insan lain,
Yang tidak pernah sekalipun menolak untuk berada di sisimu.
Namun, suara halus tadi itu kian sayup-sayup kedengaran,
Kemudian hilang ditenggelamkan suara garau yang menambahkan kebencian di hati,
Tanpa sedar dirimu dikemudi amarah,
Mencari kesilapan, mencari kesalahan.
Mungkin pernah,
Dirimu merasakan tiada gunanya menjadi baik,
Kerana akhirnya kau hanya dikhianati, dibenci dan dicaci maki,
Lalu kau mengalah dan ingin berubah menjadi jahat,
Lalu kau biarkan kerana mahu mengelak dari terluka.
Pernahkah kau terfikir?
Andainya Rasulullah S.A.W juga berpendirian sepertimu,
Mungkinkah Islam akan tersebar ke seluruh dunia?
Oh, itu Rasulullah S.A.W! Bukan aku,
Baginda maksum dan aku tidak.
Buat kau yang bernama diri,
Maksumnya junjungan kita,
Tidak membuatkan baginda bukan manusia,
Baginda juga punya hati juga punya perasaan,
Baginda juga punya perasaan sedih,
Juga pernah mengalirkan air mata.
Pernahkah Rasulullah S.A.W beralasan sepertimu?
Pernahkah Rasulullah S.A.W membiarkan suara garau itu menang?
Meski dituduh pelbagai macam,
Ditohmah dengan pelbagai caci-maki,
Malah diancam bunuh.
Tidak!
Baginda tidak pernah membiarkan suara garau itu menang,
Kerana baginda tahu, suara halus itu,
Adalah kasih sayang daripada Allah,
Yang seringkali insan abaikan,
Yang seringkali dinafikan,
Yang seringkali bergema dalam minda,
Namun jarang sekali dibiarkan terus bergema,
Untuk terus membasahi hati yang dahagakan cinta-Nya.
Kau tahu apa yang kau hilang?
Itulah dia, kau hilang cintamu kepada Tuhan,
Jadi, buat kau yang bernama diri,
Duduk, diam dan fikir,
Dengarlah suara halus itu,
Carilah kembali apa yang kau hilang,
Kerana hanya dengan itu,
Hatimu akan kembali terisi,
Kelak, tiada lagi lubang yang mampu suara garau itu duduki.



Wednesday 24 August 2011

aku cuma insan biasa

dengan mengeluarkan kata kata agama,
tidak semestinya aku seorang ustaz/ustazah

dgn adanya kopiah di kepala/labuhnya tudung ku,
tidak semestinya aku seorang yang alim

dengan menasihati orang lain
tidak pula bermaksud aku ini adalah la orang yang sebaik-baiknya

aku cuma insan biasa
yang mempunyai keinginan seperti kamu

cuma aku berkongsi
apa yang aku pelajari dan apa yg aku tahu

untuk mengingati diri sendiri dan semua manusia
supaya menjadi lebih baik...

Selamat Beramal~~~



Tuesday 23 August 2011

my biodata ;)

nama penuh>>Jamiliah binti Roslan. .
nickname>> jamie , jane , jamy , lia
nama org kampung panggil >> jamaliah , yah , *sbb xtw nme sbnr jamiliah,xpe xslhkn dowg
tarikh lahir>> 07 ogos 1994
jenis darah>>B
tempat tinggal>>km 8,jalan bukit jinjing ,kampung kandang , 75460 , melaka
                           *tgl bersama datuk dan nenek
jantina>>perempuan ;) *anak ke3 dari 5 org adik beradik *seorang perempuan, 4 lelaki
sekolah rendah>>SEK.KEB. BENDAHARA SERI MAHARAJA , MELAKA
sekolah menengah>>  2007=> SMK ISKANDAR SHAH ,JASIN , MELAKA
                                               *tinggal di asrama puteri
                                  2008=>SMK PADANG TEMU ,MELAKA .
                                               *aliran sains tulen
                                                *ketua plantun KRS(puteri)
                                                 *pengawas sekolah
warna kesukaan>>biru,merah,kuning,hijau,putih,coklat,hitam, dan warna2 yg cair *kurg minat pink !
makanan istimewa>>nasi pataya , aiskrim , coklat , buah , laicikang ,
cita-cita>>>botani , guru , arkitek , saintis , doktor , perniagaan , polis , pegawai tentera
hobi>>>searching interenet, membaca novel , mengkaji , menganalisis ,
suka>>selendang , baju kurung , minyak wangi , *x minat mekup
perwatakan>>

  • lincah
  • aktif
  • kuat berkerja
  • tak memilih
  • tak cerewet sangat
  • suka berkawan
  • pandai suaikan diri kat tmpt baru
  • tak suka susahkan owg *like do it by myself
  • jiwa sentiasa berubah2 *kdg2 suka bersendirian
  • bersemangat dlm melakukan semua perkara
  • suka memcuba resepi baru
  • sayangkan melaka bandar warisan dunia
  • cintakan malaysia tanah tumpah darahku
  • sukakan kucing 
  • suka pemandang cantik *cam kt atas bukit,leh ngk tumbuh2an hijau
  • suka senyum ^_^
  • but who know i 'am very sensitif girl !

impian :

  • ingin memiliki rumah , kereta dan kerjaya tersendiri sebelum berkhawin .
  • melawat ke tempat bersejarah di seluruh tanah air
  • melancong ke merata dunia
  • berjumpa perdana menteri *Dato Seri Najib Tun Abdul Razak
  • menjadi seorang isteri kepada seorang suami yg soleh dan penyayang
  • menjadi seorang ibu kpd anak2 suami tercinta
  • menunaikan ibadat haji




                              gambar ketika menyertai perkhemahan KRS peringkat negeri Melaka 2011





say good bye to my old blog ;)

dukacita nye lia ingin mengatakan,
slmt tgl pd blog lme lia http://jamiliah.blogspot.com/
dgn ni lia berjnji xkn tkr password n lupa password lg. .
laast post lia bertarikhkan 21 ogos 2011. .
dan lia akan guna kan peluang yg ade ni sebaik mgkn. .
blog lia yg bru,xakan sama dgn yang lme. .blog lme hnye tgl sejarah. .
lia akan mula kan hdp lia yg bru. .


 DI SINI >>>>>>