Sunday 28 August 2011

mawar merahku

mawar merah. .
sekuntum bunga yg sungguh indah. .
warnanya yg merah menjadi idaman beribu kumbang. .
mekarnya mawar merah mengindahkan pandangan mata. .

ya mawar merah. .
mampu mengubat segala luka,
mengembirakan setiap insan yg memilikinya. .
mampu membuat semua insan meluahkan perasaan. .

mawar merah,
simbolik cinta si jejaka yg tampan,
dijadikan hadiah buat si dia yg dicinta.
setelah sekian lama tidak berjumpa. .

mawar merah,
harumnya mawar tiada bandingan,
satu2 nya bunga idaman kumbang di dlm taman,
bukan sebarang kumbang dapat menghidunya. .

cantiknya dia,harumnya dia,anugerah tuhan. .
petiklah mawar merah jika sudah tertawan,
memetik sekumtun bunga biar berjaga,
agar cantik dan harumnya sentiasa terpelihara.

kelopaknya yg halus mudah rapuh jika selalu disentuh,
harumnya mawar merah dpt dicium biar dr jauh,
jangan disangka air yg tenang tiada buaya, kerana
mawar merah berduri jika ade org cuba merosakannya

mawar merah bukan sebagai perhiasan semata-mata,
siram lah mawar merah dgn kasih sayang,
lihatlah mawar merah sebagai penyejuk mata.
supaya mawar merah tidak layu ditelan usia. .

mawar merahku sungguh berharga. .
jadilah seperti mawar merah,
harumnya dpt dicium walau dr jauh
cantiknya terserlah walau tdk disentuh




Jom cakap-cakap