Wednesday 26 December 2012

diberitahu , salah . tak diberitahu lagi salah .

ini sering terjadi dalam hidup lia.
terutama sekali bila sudah berada di alam Universiti .
hmmm kadang2 sedih jgk . .

Sebab tingkah laku kita sering disalah erti .
buat baik , orang persoalkan .
buat jahat , lagi la orang persoalkan .

bila lia tahu something tu , lia suka nak berkongsi dengan orang lain .
supaya dia juga tahu apa yang lia tahu .

sebagai contoh , lia ni memang suka bertanya dan boleh dikatakan aktif dikalangan kawan-kawan lia .
then bila lia tahu tarikh "Test 1" akan dijalankan , lia akan beritahu semua kawan2 lia .
tapi apa yang lia buat sering disalah erti .
orang fikir lia ni gila kuasa , nak kan popularity .
sumpah lia taknak pun semua tu .

lia cuma nak pupuk "kepimpinan" dalam diri lia .
sebab lia tahu kepimpinan lia masih belum mantap lagi .
masih ada banyak yang kurang dan perlu diperbaiki .

entah la pedulikan lah apa orang nak kata .



'Bila nak buat benda BAIK, banyak saja HALANGAN. Kerana ALLAH sedang menguji kekuatan hati kita dalam membuat kebaikan'



nampak tak ayat kat atas tu ?
ayat tu di-post oleh kawan lia kat FB .
lia baca je , terus tersentap .
ya lia tahu Allah sedang menguji hati lia .
sekuat mana hati ini mahu berjuang .

wahai hati , aku tahu kau cekal .
kalau sebelum ini kau mampu untuk tempuhinya , mengapa tidak sekarang ?
kuatkan hati mu .
Allah hanya menguji hambanya :)

insyallah , Jamiliah  boleh !



Jom cakap-cakap