Tuesday, 8 January 2013

yahooo. . balik juga ke MELAKA TERCINTA !

cuba teka , cuba teka apa yang gembira sangat ni ?
huhu ofcouse la gembira. .
lia dah tempat tiket balik melaka ! ! !
akhirnya balik juga setelah sekian lama tidak pulang.
lebih 7 bulan kot tak balik melaka .

tengok ni tengok ni.
tiket FREE !
huhu free la sgt kan ?
lia cuma pergi bayar duit tiket je .
RM9 pergi dari Kuching ke KL.
RM6 balik dari KL ke kuching .
total up RM15 ! 
murahhh !


tapi lia dapat balik kejap je. .
balik melaka hari jumaat 1 FEb 3013,
balik unimas balik 4 feb 2013.
kejap je. .
lia tak boleh balik awal , sebab sebelum cuti semester lia de midsem examination.
kalau tak , boleh makan puas2 . .
hoho sedapnya !

apa yg mendorong lia utk balik melaka kali ini ?
sebab MAK LIA .

mungkin mak lia dah rindu sgt kat lia.
tiket free ni pun mak lia yang bagitahu
dia nak lia balik, tapi mak lia tak ekpress kan dalam nada rindu.
itu la dia mak lia, dia tak pernah nak tunjukkan pada anak2 dia yg sebenarnya dia sayang kami :)

mula2 memang tak nak balik melaka bulan 2 ni,
tapi  mak lia beria-ia suruh lia balik .
kebetulan ada tiket free ni .

"bulan 1 tak boleh balik ke ? " mak tanya

"bulan 1 tu budak degree cuti, sebab tu kerajaan dgn Airasia buat tiket free bulan 1 tu , kakak asasi cuti bulan 2 jadi tak dapat balik . kakak start cuti 4 Febuari masa last promotion tiket tu"

"sabtu ahad tu kan cuti, balik la"
ayat tu paling touching..

yeee mak.. kakak balik :)
utk julung2 kalinya lia balik melaka .
yahoo. . happy nya ! ! :DD

mak, kakak sayang mak . .





Friday, 28 December 2012

cuti datang lagi !

bismillahirahmanirahim .
ASSALAMUALAIKUM !
apa khabar semua ?
minta sihat hendaknya .

CUTI datang lagi ! hohoho
untung jadi rakyat Malaysia ni .
banyak cuti !
cuti raya cina , cuti krimass , cuti depavali , cuti dawai , eh lia sambut dawai ke ?
huhu semestinya tidak ! tapi kita kan 1MALAYSIA .
berbilang bangsa dan budaya .
tak semestinya ada melayu, cina dan india .
bidayu , melanau , idan , dayak . ada banyak lagi yang lain .

hari ini hari minggu hehe memang la cuti cik Lia oi ! :)
tak lama lagi tahun baru 2013, cuti lagi ! hohoho
best macam ni . .

hari minggu ni lia tak ke mana .
macam biasa , duduk dalam gua ni seorang diri bertemankan FB, Blog , Twitter dan tak lupa juga buku-buku yang setia menemani . hehe

saham lia kat RHB dah naik ! apakah ?
huhu maksudnya duit dari jauh dah masuk , seronoknya tak terkata la !
semalam saham lia naik , hari ini apa lagi pergi ke ATM !
ATM bukan Angkatan Tentera Malaysia , ok ?
huhu dulu selalu fikir mcm tu .

tanya mak nak pergi mana .
mak kata nak pergi ATM , eh mak de buat apa-apa kesalahan ke sampai nak pergi jumpa tentera ?
hahaha zaman kanak-kanak tak tahu apa-apa .

lepas keluarkan duit tadi .
tadaaaaa ! tengok ni apa lia beli .
beli sedikit stok makanan yang dah lama habis tu !
apa ada dalam tu ? huhu
macam banyak je .
amboi bershopping ya cik Lia oi !
ada timah , aku beli kat cafe bawah tu je . hehe


ini dia barang2 yang lia beli .
ada maggi, ada sos cili , ada kismiss , ada koyop,ada sambal ikan bilis , ada ubat batuk cap ibu dan anak, ada roti .
tu jela yang lia beli .

cuba teka total harga semua ni ?
RM35.60 tahu !
sikit macam ni dah RM35.60 .
dahsyat duduk kat sini .
tinggi tahap perbelanjaan seorang diri .

lia betul2 perlukannya , sebab belakang lia selalu sakit .
hari2 hadap laptop ni .
kadang2 kepala pening je .

lia nak amalkan semula makan ni ,
sunnah nabi kan ?
nak makan madu asli , tapi nak beli mahal .
so makan ni jela .
sekurangnya dapat la mengurangkan sikap "malas" ni hehe

ok . stok lain tak ada dah. makan roti dengan sambal ikan bilis ni jela ,
nak goreng sendiri tak leh , nanti habis berbau satu kolej ni .
terbatuk2 jiran2 lia nanti hehe
\
haaa ni la roti bantal yang lia ceritakan sebelum ni .
kat sini tak ada roti gardinerr , bersyukur la kamu yang duduk semenanjung dapat makan roti selembut, sesedap dan seenak itu .
jeles tahu !

biskut ni best !
first time rasa dah jatuh cinta , CINTA PANDANG  PERTAMA LA KATAKAN , hehe
ada kesah disebalik biskut ni.
kawan lia yang beri lia biskut ni , namanya sukinah . orang negeri sembilan ^__^
waktu tu lia buat bubur untuk adik beradik usrah lia ,
kebetulan sukinah ni datang bilik lia , dan lia minta dia bawakan mangkuk sebab nak bagi pada sukinah bubur tu sikit .
memang banyak bubur yang lia buat tu ,
penuh satu rice cooker , jadi apa salahnya kalau bubur tu lia kongsikan juga bersama dengan sukinah , :)
sewaktu sukinah datang kembali ke bilik lia dengan membawa magkuknya , ada satu biskut yang dia bawa.
sukinah berkata "tin biskut saya dah tak muat , so faham2 kan la , awak muat2 kan la tin biskut awak"
tektik sukinah untuk memaksa saya menerima "pemberian" darinya pula .
cehh macam sistem bater pula :)
dari situ la lia menyukai biskut ini ^__^ suka sangat !
sesudah sukinah pulang ke biliknya, sukinah hantar mesej kepada lia .
nak tahu tak apa yang sukinah hantar mesej pada lia sebagai tanda terima kasih ?
begini bunyinya
"Salam, terima kasih wahai sahabat atas bubur yang kau masak dengan penuh kasih sayang itu ,
sungguh aku dapat merasakannya.
sesungguhnya itulah makanan sahabatmu ini yang selalu*setengah teks hilang* "
ouhhhsedih je , tengah best2 baca , hilang sebahagian teks tu , mungkin sukinah tak cukup kredit maktu tu,
tak pela , tak sempat nak  feeling feeling hehe
dan bila kami jumpa dalam kelas, sukinah bagitahu yang dia lebih suka makan bubur daripada nasi ^__^

ni pula cempedak goreng .
lama tak makan , dulu masa tinggal dengan nenek , selalu jugak la buat cempedak goreng ni .
belakang rumah nenek ada cempedak , banyak ! sedap pula tu .
nenek tahu lia suka makan cempedak , jadi nenek dengan semangatnya membalut buah2 cempedak tu dengan rapi supaya tidak busuk dimakan ulat mahupun burung2 .
bila satu masa cempedak tu dah masak, nenek bagi2 kan la pada semua .
paklong,pokde,pakngah.
huhu yang pasti lia dapat lebih ! mestilah tinggal dengan nenek kan ?
kadang2 satu buah cempedak tu lia seorang je boleh habiskan .
huaahhh sedapsangat !
sekarang ada lagi ke tak ek buah tu ? dijaga rapi lagi ke tak ?
hmm tu lia tak tahu , tapi lia yakin pokok2 cempedak tu masih subur dibelakang rumah nenek ^__^

lia ada beli sayur jugak kat cafe ,
yela lama sangat tak makan sayur,
sebulan tahu ! jadi peluang ini lia guna kan untuk makan sayur , bestnya :)



ubat batuk tak dilupakan ,
sejak dah batuk2 ni , teruk sangat . dah tak boleh tahan . so duit dah ada apa lagi , beli ubat batuk ni !
ubat batuk cap ibu dan anak ! hehe
nak pergi klinik,malas la , nak naik bas pergi ke kampus barat.
sebenarnya lia baru je habis makan ubat batuk ni tadi .
memang jap lagi lentok la, ubat batuk ni kan mengantuk .
masa lia taip ni pun dah berat sanagt kepala ni .
comfirm lepas ber-blog ni , atas tilam la jawabnya ! huhu

#doakan lia cepat sembuh ,
#hidup ini terlalu singkat untuk kita persia-siakan .
#kongsikanlah kegembiraan kita pada orang lain
#masih ada orang yang lebih susah daripada kita , bersyukur lah .

akhirkata daripada saya , Assalamualaikum . jumpa lagi di lain hari ! :)
terima kasih kerana sudi membaca blog lia yang tak seberapa ini ^___^




Wednesday, 26 December 2012

diberitahu , salah . tak diberitahu lagi salah .

ini sering terjadi dalam hidup lia.
terutama sekali bila sudah berada di alam Universiti .
hmmm kadang2 sedih jgk . .

Sebab tingkah laku kita sering disalah erti .
buat baik , orang persoalkan .
buat jahat , lagi la orang persoalkan .

bila lia tahu something tu , lia suka nak berkongsi dengan orang lain .
supaya dia juga tahu apa yang lia tahu .

sebagai contoh , lia ni memang suka bertanya dan boleh dikatakan aktif dikalangan kawan-kawan lia .
then bila lia tahu tarikh "Test 1" akan dijalankan , lia akan beritahu semua kawan2 lia .
tapi apa yang lia buat sering disalah erti .
orang fikir lia ni gila kuasa , nak kan popularity .
sumpah lia taknak pun semua tu .

lia cuma nak pupuk "kepimpinan" dalam diri lia .
sebab lia tahu kepimpinan lia masih belum mantap lagi .
masih ada banyak yang kurang dan perlu diperbaiki .

entah la pedulikan lah apa orang nak kata .



'Bila nak buat benda BAIK, banyak saja HALANGAN. Kerana ALLAH sedang menguji kekuatan hati kita dalam membuat kebaikan'



nampak tak ayat kat atas tu ?
ayat tu di-post oleh kawan lia kat FB .
lia baca je , terus tersentap .
ya lia tahu Allah sedang menguji hati lia .
sekuat mana hati ini mahu berjuang .

wahai hati , aku tahu kau cekal .
kalau sebelum ini kau mampu untuk tempuhinya , mengapa tidak sekarang ?
kuatkan hati mu .
Allah hanya menguji hambanya :)

insyallah , Jamiliah  boleh !



Tuesday, 25 December 2012

bila hati dah sayang .

setiap orang punya rasa ,
setiap orang ada hati dan perasaan .
ingin mencintai dan dicintai itu fitrah ,
Allah ciptakan manusia itu berpasang-pasangan lelaki dan perempuan .
lalu Allah berikan "perasaan" itu dengan izinnya .
maka wujudlah "perasaan" itu diantara mereka iaitu lelaki dan perempuan itu .

adam tolonglah .

ya mungkin lia juga begitu .
ada yang cuba mendekati lia walaupun lia sedemikian rupa [GEMUK]
semuanya atas izin Allah .
lalu lia bertanya
"apakah benar itu yang aku rasakan ? "
"apakah benar dia imamku? "
hati lia tertanya-tanya .

"ini kah yang aku rasakan ? "

kita selalu terkeliru 
antara cinta dan cita

haaa sungguh lia bencikan itu !
lalu lia bertanya lagi pada hati lia 
"apakah kau sudah bersedia?"
"apakah ini masanya?"

lalu akal yang menjawab
"belum lagi Jamiliah , ini bukan masanya"

lia bertanya kepada hati  lagi
"mengapa?tahukah engkau bahawa aku begitu cemburu melihatnya?"

akal yang menjawab
"ada yang lebih menyayangi kau Jamiliah"

lia bertanya kepada hati lagi
"siapa ? katakanlah . akan ku cintainya sepenuh hati ini.katakan lah siapa dia,jawab wahai hati , mengapa akal yang menjawab persoalanku , jawab wahai hati !"

akal yang menjawab
"Allah. Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia yang mencintaimu dalam diam,Dia berikan kau "kasihnya" agar kau hidup sempurna. ya Dia lah yang mencintai kau dalam diam wahai Jamiliah. ketahuilah"

subhanallah , ada yang mencintai lia .
mengapa lia terlalu kufur dengan nikmat yang telah dikurniakan.
Allahuakbhar !

lalu lia bertanya lagi kepada hati
"hati , kenapa kau tidak menjawab persoalanku"

lalu baru hati menjawab
"sungguh aku tidak mampu"

kelu lidahku , hanya itu yang hati katakan kepadaku

kemudian hati berkata lagi
"jika kau meminta aku yang menjawab persoalanmu, nescaya aku akan mengikut nafsumu untuk mencintai dan dicintai seseorang . akal lebih arif dariku . sungguh aku tak mampu"

Ya Allah . cukuplah hanya Engkau bagi ku .

#wahai bakal suami ku
#wahai bakal imamku
ketahuilah tika aku sedang mencoret titipan ini , aku sedang memikirkan tentang dirimu .
siapakah geranganmu , dari mana datang mu , sungguh aku menanti kehadiranmu

#wahai bakal suami ku
#wahai bakal imamku
jika satu hari ini diri ini telah kau miliki , 
penuhilah dada ku dengan imanmu ,
pimpinlah tanganku menuju jalan itu bersamamu.
aku dahagakannya .

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
antara cinta dan cita .
selepas hati dan akalku menjawab persoalanku , kini aku tahu apa yang perlu aku cipta .
iaitu cita-cita .
ya lia perlu cipta cita-cita itu .
lantas melupakan seketika keinginan untuk mencintai dan dicintai .
bila sudah TIBA MASANYA , lia akan melamar dia . BAKAL SUAMIKU , BAKAL IMAMKU :)
lia nak ikut Siti Khadijah , isteri Rasullulah yang melamar Rasullulah mengunakan orang tengah .
insyallah.

misi utama sekarang lia perlu ingat balik apa tujuan lia datang sini .
untuk kejar cita-cita lia .
Jamiliah , Jangan ikut nafsu sangat.
mencintai insan tak semestinya memiliki :)
kuat dan tabah kan hatimu wahai Jamiliah ,
perjalanan masih jauh lagi .
semoga kuat !
doakan saya ^__^









azam baru 2013

hari ini 25/12/12 .
lia masih bercuti lagi bermula 22/12/12 lepas.
esok pun cuti lagi .
hari khamis mula kuliah balik ^.^
yeahhh cuti , siapa yang tak suka cuti kan ? huhu
tapi cuti 5 hari ini lia tak ada pergi mana-mana .
duduk dalam bilik sahaja dengan membuang masa dengan fb dan semua2 perkara yang membuang masa .
kenapa la Jamiliah , kau tak manfaat kan waktu - waktu tu dengan perkara yang berguna ?
ishhhh. .
rileks dulu . baca dulu baru faham hehe

hari ini 25/12/12 .
7 hari lagi kita semua bakal sambut tahun baru !
bukan tahun baru cina eahh hehe
tahun baru 2013 .
cisss kenapa tajuk hari ini "azam baru 2013" ?
sebab lia baru sahaja buat azam baru , 
kenapa baru sekarang Jamiliah ?
hehe sebab sepanjang cuti dalam 4 hari ni dah puas membuang masa ,
dah bosan membuang masa , so fikir balik kalau waktu-waktu ni aku gunakan untuk study kan baik ^.^
haa nampak tak ?
itu la salah satu azam baru yang bakal lia jadikan sebagai satu realiti .
sebenarnya ini adalah satu proses psikologi mata dan minda .
teknik ni dah lama lia amalkan sejak dari tingkatan 3 .
tapi masa tingkatan 3 tu tak menjadi sangat .
alhamdullilah masa tingkatan 5 teknik ni betul2 berkesan buat lia .

kalau masa tingkatan 5 , lia tampal ni kat dinding bilik lia .
sebab dinding bilik yang lia tidur tu separuh papan dan separuh batu .
jadi senang nak stepler hehe

ni kat Unimas ni pula , lia tampal kat tilam je hehe guna paku tekan ^.^
sebab lia kan tinggal sowg , jd katil sebelah tu kosong .
apa lagi tampal tampal tampal ! hohoho

lia harap dengan azam baru ni , lia dapat naik kan pointer lia .
lia bukan senang nak masuk fakulti kejuruteraan kat unimas ni .
lia harap jugak yang lia tak akan repeat sem, kesian kat mak n ayah lia nanti .

so . before tahun baru menjelang .
lia nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU ! 
semoga tahun baru ini menjadikan kita lebih maju ke hadapan ^.^




Sunday, 23 December 2012

lia akan start menulis kembali .

Assalamualaikum,
mulai hari ini lia akan start menulis kembali sebagai blogger di blog lia ni .

apa khabar semua ?
harap sihat semuanya .
lia sekarang tak berapa sihat ,
batuk dan agak selsema ,
mungkin di sebabkan cuaca .
panas kat sarawak ni , kejap-kejap hujan.
kepala asyik pening-pening je .
orang kata "sakit itu ujian , penghapus dosa"
agaknya lia dah banyak sangat buat dosa ,
kepada sesiapa yang lia pernah guris hati secara sengaja atau tidak , lia minta maaf sangat2 .
minta ampun dari hujung rambut smapi hujung kaki .
*cehh kenapa hari ini pilu sangat ni ? 

tak tahu kenapa hari ini sangat pilu ,
lia sangat2 sedih .
mungkin sebab dah lama tak cuci mata dengan air mata kan?
lia terasa rindu sangat dengan arwah nenek .
yela , selama ini kalau lia sakit ,arwah nenek yang tolong jaga :')
nenek , kakak rindu nenek .
andai nenek hidup lagi , kan best .
ada lagi orang yang nak jaga kakak waktu kakak sakit .
tapi masa nenek sakit , kakak tak sempat pun nak jaga nenek .
kakak rindu nenek , maafkan kakak nenek :'(
terima kasih sebab jaga makan minum sakit penat kakak sepanjang berada dibawah jagaan nenek .
Alfatihah .

sekarang ni dah hujung bulan12 .
bermakna lia tinggal 4 bulan je lagi utk habiskan asasi ni .
tak lama lagi dah .
pejam celik pejam celik .
*ishh selsema je , susah nak taip . 

masuk semester 2 ni , banyak aktiviti yang Pusat Pra-Universiti rancang ( PPU )
public speaking ,ada kawad kaki ( PUMA ) , ada pertandingan video ( SONGBIRD ) , ada buat model alam sekitar (DIORAMA) . top-host ( PreTH ) banyak lagi yg lain .

rasa macam tak sempat nak study .
*cehh tulis blog leh pulak ya Jamiliah ? hehe
jangan jadikan itu semua alasan .
untuk berjaya kita perlu berusaha Jamiliah .
tak kesah la sibuk mana pun kita dengan aktiviti-aktivitit PPU .
nak berjaya kan ? perlulah berusaha .

bahan pelajaran untuk semester 2 makin susah dan makin mencabar .
tak tahu la ada sama lia boleh follow ke tak .
semester 2 ni kena struggle habis untuk masuk ke fakulti kejuruteraan .

minta maaflah , lia tak ada roomate( rakan sebilik ) untuk bercerita .
jadi lia fikir lia nak menulis balik .
kalau sebelum ni lia sibuk sangat-sangat sampai blog ni pun dah tak pandang lagi :(
kesian kau blog , tuan kau tak menulis .

kalau diikutkan semalam lia pergi mukayyam .
(mukayyam=perkhemahan)
ni antara aktiviti yang dibuat oleh usrah lia .
tapi lia tak dapat pergi :'(
sekarang lia mengahadapi kekangan kewangan.
biasalah , jadi student ni duit jadi masalah utama .
biasiswa kerajaan belum masuk lagi .
nak makan pun tercekik-cekik , dah nak masuk 3 minggu lia asyik makan roti kosong je.

kat sini tak ada roti gardiner .
roti macam ni je ada.
tu pun harga RM2.70.
cukup untuk isi perut dalam 1 hari setengah .
kalau tak ada duit and betul2 nak makan , terpaksa pinjam dari kawan .
seksanya 3 minggu makan roti je.
sayur, nasi , tak sentuh pun :(

kekadang sampai lia rasa nak berhenti belajar je :( 
nak kerja , kumpul duit banyak-banyak dulu baru sambung study balik .
kekadang fikir nak khawin terus , jadi suri rumah sepenuh masa .
makan minum suami tanggung , kalau ada rezeki lebih , pergi buat kursus atau sambung belajar .
tetapi pak long lia tak benarkan .
paklong minta lia teruskan belajar .
belajar ni tak boleh STOP .
lia faham memang kita tak boleh berhenti belajar . kena teruskan .
tapi tengok la sekarang . lia betul2 terdesak .
tak ada duit nak makan .
tengok la berapa yang ada dalam akaun lia .

tinggal RM11.50 je :(
selama 3 minggu ni , akuan lia tak pernah berganjak .
macam tu je .
kalau lia keluarkan RM10 , RHB akan tutup terus akaun lia ni .
dah dikira bankrup
nanti macam mana kerajaan nak masukkan duit biasiswa ?
hmmm :(
sedih sangat .

semalam buat bihun sup ,
mujur ada lagi stok yang tinggal .
lia buat sup tu banyak-banyak untuk simpan lama sikit supaya esok tu boleh panaskan dan makan balik .
lia tengok ada banyak bihun tu , lia bagi sikit pada kawan lia .
kongsi dengan dia . orang kata "walaupun sikit , kongsi la dengan orang , sekurang2nya dia merasa apa yang kita rasa"
akhirnya bihun dah habis , tinggal sup je . hope esk boleh makan lagi .
sekali pagi tadi bila buka periuk nasi tu , sup tu dah BASI :(
bayangkan la , sedih yang teramat sangat .
nestum tinggal 2 je lagi , milo tinggal satu je , 
apa lagi yang lia nak makan ?
beras ada sikit lagi , untuk hidup lia terpaksa iktiar untuk buat bubur je .
cukup la untuk pastikan perut ini berisi siang petang malam .
tapi lia dah niat bubur tu nak kongsi dengan rakan2 usrah lia yang lain hari khamis ni.
sebab biasanya usrah kami buat kat bilik lia .

along lia nak khawin bulan3 ni .
jadi mak pesan "jimat2 guna duit tu , kat sini nak simpan duit untuk majlis khawin along bulan3 nanti"
lama lagi majlis tu :(
tapi mak sanggup suruh anak dia ikat perut kat sini .
lia tak kesah kalau tak dapat makan sedap2 .
lia tak kesah kalau tak dapat ikut kawan lia pergi jalan2 kat tempat2 best .
janji lia punya kerja dapat siapkan . 
kekadang nota dari lecturer lia tak print out pun . sebab tak ada duit langsung .
sedih sangat . :(

tu teringat kat nenek .
masa nenek jaga lia sepanjang lia nak SPM tu ,
nenek bagi semua keperluan lia .
duit , makan minum , pakai , tempat tinggal , kesihatan dan kasih sayang .
semua nenek jaga rapi .
soal tu sume lia tak perlu fikir , nenek dah siapkan .
lia cuma perlu belajar je .
sebab nenek cuma nak keputusan SPM lia cemerlang .
alhamdullilah nenek meninggal 3 hari lepas keputusan SPM dikeluarkan.
dan nenek sempat tahu keputusan SPM lia .
lia cuma dapat dengar nenek kata "bagus" je masa lia bagi tahu lia dapat 5A.
lia cuma nampak mata nenek berair dengan memandang tepat kepada lia .
"yang hidup pasti akan mati"

dan sepupu lia ada berpesan .
" semua dah takdir.. Allah ambil nenek, Allah ambil juga semua sakit2 yang nenek alami selama ni.. Insya' Allah... nenek tenang di alam sana"


nenek memang ada sakit.
tiap-tiap tak boleh tidur .
tiap-tiap hari sakit pingang .
tiap-tiap masa pening kepala .
tiap-tiap waktu kena makan unat kencing manis dengan ubat darah tinggi .
tiap-tiap minggu atuk bawa nenek pergi perubat.
berat sakit yang nenek tanggung .

lia kuatkan juga hati supaya dapat menerima pemergian nenek .
tapi kadang2 lia tak kuat .
lia akan menangis bila ingat nenek .
kekadang lia salahkan diri lia .
kenapa lia tak jaga nenek masa nenek sakit , kenapa ? ? ?
lia perlukan seseorang untuk lia peluk sekuatnya .
lia perlukan seseorag untuk lia luahkan semuanya .
kekadang lia fikir lia nak bersuami ,
biar suatu hari nanti , 
bila lia menangis ada yang akan kuatkan lia.
bila lia jatuh , ada yang bangunkan lia .
tapi sekarang , tak terlintas atau tak ada tekad pun untuk lia khawin .
lia perlu fokus pada pelajaran .

tula , manusia tak pernah bersyukur dengan apa yang dia ada kan ?
mungkin lia juga tergolong .
mungkin ada orang yang lebih susah daripada lia .
ada yang makan 3 4 hari .
lia masih beruntung dapat makan roti .

#Ya Allah , kau cekalkan hati hambamu ini untuk teruskan kehidupan yang sementara ini .
Ya Allah , kau limpahkan rezeki buat seluruh keluargaku .
Ya Allah , kau permudahkan segala urusanku . Amin